PEOPLE OFTEN SAYS THAT 'LIFE MUST GOES ON' BUT YOU KNOW WHY?
The one who longs for Paradise will rush towards good deeds;
The one who dreads Hell will put an end to his vices;
The one who has firm conviction in (the imminent arrival of) death will lose all his passions; and
THE ONE WHO REALLY KNOWS THE 'DUNYA' WILL FIND DISASTERS EASY TO BEAR.
(said by Caliph 'Ali Ibn Abi Talib r.a.)

Tuesday, January 12, 2010

Aku Lelaki Cantik / Wanita Gagah ?



 Assalamualaikum w.b.t. Hmm... Bila zam baca tajuk ni sekali imbas, zam akan terfikir pondan dan tomboy. Zaman sekaranglah katakan, perkara-perkara yang luar biasa dah jadi biasa, perkara yang biasa pula yang jadi luar biasa. Banyak yang dah jadi tunggang terbalik. Banyak contohnya. Sendiri fikirlah kan.

Literally, pada zam, zam leh katakan lelaki cantik ni pondan. Tak usah terkejut la, kat asrama zam sendiri ada lelaki yang lagi cantik daripada perempuan. Cara jalan, dress up, style rambut sume sebijik macam perempuan. Kata orang, selagi mereka ni x menyusahkan kita, apa masalahnya kan. Tapi, kita kena faham, Allah murka lelaki yang menyerupai perempuan dan begitulah sebaliknya hatta dari segi pemakaian sekali pun.

Wanita gagah plak literally zam anggap mcm tomboy. I/C je tertulis jantina perempuan, tapi perangai mengalahkan lelaki. Nampak tak molek la perempuan ganas mcm jantan. Bukan ke perempuan ni fitrahnya lembut dan beradab sopan? :)

Yang ingin zam sampaikan bukanlah tamsilan di atas, tetapi kenyataan tajuk yang tertulis. Zam tumpu kepada apa itu kecantikan seorang lelaki dan kegagahan seorang wanita.

Kecantikan lelaki itu antaranya boleh dilihat pabila beliau;

~ mampu mengalirkan air mata untuk ingatan,
~ sedia menerima segala teguran,
~ tenang dan lapang dada,
~ baik sangka, dan
~ tidak pernah berputus asa.

Siapa kata lelaki tak menangis? Orang je xnampak. Walau kasar2 seorang lelaki itu, mereka juga memiliki hati sama seperti kejadian seorang perempuan. X kira la air mata itu mengalir di pipi kerana apa. Termasuklah rase kehambaan diri bila mengingati segala dosa. Ini kerana, lelaki tetap insan yg punyai perasaan. Dan ciri2 seterusnya menampakkan kecantikan mereka kerana mampu menundukkan ego yang tinggi.

Wanita pula terserlah kegagahan mereka pabila;

~ tahan menerima sebuah kehilangan,
~ tidak takut pada kemiskinan,
~ tabah menanggung kerinduan selepas ditinggalkan, dan
~ tidak meminta-minta supaya dipenuhi segala keinginan.

Wanita selalu dilihat sebagai kaum yg lemah. Tapi tidak sebenarnya, pabila mereka ni mampu berdikari, tidak terlalu bergantung kepada orang lain dan sentiasa tenang dan tabah menghadapi waktu2 yg sukar.

Kita nilai lah diri kita sendiri. Cantik dan Gagah kah? :)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...