PEOPLE OFTEN SAYS THAT 'LIFE MUST GOES ON' BUT YOU KNOW WHY?
The one who longs for Paradise will rush towards good deeds;
The one who dreads Hell will put an end to his vices;
The one who has firm conviction in (the imminent arrival of) death will lose all his passions; and
THE ONE WHO REALLY KNOWS THE 'DUNYA' WILL FIND DISASTERS EASY TO BEAR.
(said by Caliph 'Ali Ibn Abi Talib r.a.)

Saturday, November 21, 2009

Hari Arafah dan Amalannya

Alhamdulliah, eid al-Adha sudah semakin hampir. Tapi pada amatan zam, di Johor, eid Adha xla semeriah eid al-Fitri kalau nak dibandingkan dengan Kelantan. Cakap mcmnie sbb dulu ade pengalaman berjiran dgn org Kelantan. Sambutan mereka mmg meriah.

Disamping menyambut perayaan kedua terbesar umat Islam ini, biarlah kita terisi sikit ilmu di dada berkenaan dengan amalan dan fadilat sepuluh hari pertama Zulhijjah. Dalam bulan mulia nie, ade satu hari yang paling afdal disisi Allah s.w.t iaitu Hari Arafah (9 Zulhijjah). Basically, Hari Arafah nie bersempena amalan berwukuf di Padang Arafah iaitu salah satu rukun fardhu ibadah haji. Berdasarkan apa yang zam pelajari dulu, ustaz pnh bgtaw 'arafah' nie bersempena pertemuan kembali nabi Adam dan isterinya, Siti Hawa setelah terpisah pabila dicampakkan ke dunia dan bertemu di Padang Arafah.

Dan pada hari itu juga, Allah akan membebaskan sesiapa yang menghadiri Padang Arafah dan memuliakan hari tersebut, daripada api neraka. Maka, oleh sebab itu la 10 Zulhijjah, hari kesyukuran dan perayaan bagi menzahirkan kegembiraan dan kesyukuran terhadap Ilahi.

Bagi kita nie yang tak berada di Tanah Suci, Islam menganjurkan agar kita berpuasa pada sembilan hari pertama dalam bulan mulia nie terutamanya Hari Arafah. Bukan sekadar itu juga, kita digalakkan memperbanyakkan amal soleh,

Rasullah s.a.w. bersabda:
"Berpuasa pada Hari Arafah dinilai disisi Allah sebagai penghapus dosa bagi setahun yang sebelumnya dan yang selepasnya."
(Hadis Riwayat Muslim)

"Tiada suatu hari pun dalam setahun yang amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada sepuluh hari pertama bulan Zulhijjah. Oleh itu, hendaklah kamu memperbanyakkan zikir, tahlil, takbir dan tahmid"
(Hadis riwayat Ahmad)

Tambahan lagi, amalan wukuf di Padang Arafah ini adalah satu perhimpunan besar manusia di padang dengan bahang terik mentari. Perhimpunan ini melambangkan perhimpunan besar yang bakal dihadapi oleh kita, menunggu utk dishisab di padang Mahsyar kelak.



Jadi, ape lagi, mari kita bermuhasabah diri dan yok! puasa 9 Zulhijjah nie.. :) Eid Mubarrak! Kita doakan agar mereka yang menunaikan haji, selamat dan mendapat haji mabrur. Amiin...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...