PEOPLE OFTEN SAYS THAT 'LIFE MUST GOES ON' BUT YOU KNOW WHY?
The one who longs for Paradise will rush towards good deeds;
The one who dreads Hell will put an end to his vices;
The one who has firm conviction in (the imminent arrival of) death will lose all his passions; and
THE ONE WHO REALLY KNOWS THE 'DUNYA' WILL FIND DISASTERS EASY TO BEAR.
(said by Caliph 'Ali Ibn Abi Talib r.a.)

Friday, November 26, 2010

Garam di Cawan, Garam di Kolam

Assalamualaikum w.b.t

Dah lame sgt x update. Tggu cuti semester mcm skrg nie la baru dpt nak mengupdate blog yg berhabuk nie.. huhu.. Exam dah lepas, baru la rase aman skit. Xde rase pressure, tension, sakit mental, fizikal. Xtaw la kenapa. Tp exam yg lepas sgt watkan zam tertekan. Tp xpela, zam dah cube yg termampu dan hanye bleh bertawakkal. 

Bile berseorangan, duk termenung, fkr ttg diri sendiri, bile sdg ade mslh, ade je rase x puas hati. Hidup nie x adil ke? Dunia nie x adil ke? Knp aku je yg slalu dpt masalah? Mslh dgn kwn baik, mslh dgn family, mslh dgn yg tersayang, mslh dgn lecturer, mslh itu, mslh ini... Brg kene curi, asyik x sihat, study bagai nak rak tp keputusan x seberapa jgak, duit x cukup, org len hepy je, tp nape aku asyk sedih? Kenapa??

Macam2 kan kite nie. X usah tipu, kite sume ada mslh :) tp xkan la zam nak tangani sume mslh zam dgn wat perkara bodoh kan?  

Sabarlah... 

Zam nak share hasil nukilan Hajideen dalam satu majalah, tajuknya "Garam di cawan, garam di kolam". Zam ringkaskan sdkt. Mcm nie ceritanya:


Alkisah.. Seorang ustaz mendekati muridnya yg kelihatan murung. Murid tue berkata: "Ustaz, sejak akhir-akhir nie hidup saya penuh masalah smpi saya sukar utk tersenyum. Masalah yg dtg x habis2".

Ustaz tersenyum saja lalu mgarahkan muridnya mgmbil secawan air dan 2 genggam garam. Mula2 ustaz menyuruh muridnya memasukkan segenggam garam ke dalam cawan yg berisi air. Lalu disuruhnya murid tersebut minum sdkt. Wajah murid meringis kerana minum air masin. Ustaz tersenyum saja.

Slps itu, disuruhnya menebarkan segenggam garam ke dalam kolam pula. Kemudian, disuruhnya minum sdkt air kolam yg jernih tue. Si murid menangkup kedua-dua tgnnya dan mgmbil air tersebut dan mghirupnya. "Segar, memang cukup segar. Sedikit pun x masin" kata murid. 

"Adakah terasa garam yg kamu taburkan?" tanya ustaz. Si murid menggeleng kepala. 

Lalu Ustaz menepuk bahu murid itu dan berkata: "Beginilah muridku, segala masalah dlm hidup nie spt segenggam garam. X kurang, x lebih. Banyaknya masalah dan penderitaan yg kamu hadapi dlm hidup nie sudah dtentukan Allah s.w.t, sesuai utk dirimu. Jumlahnya x bkurang, x btmbah. Setiap manusia yg lahir ke dunia pun demikian. Tidak ada satu pun manusia, walau dia nabi bebas drpd penderitaan dan masalah".

"Tapi rasa masin atau penderitaan yg dialami itu sgt bgntung drpd besarnya HATI yg menampungnya. Jadi, supaya x merasa derita, bhentilah mnjadi cawan dan jadikan HATI di dalam dadamu itu sebesar kolam".  

Hmm... mknenye, mslh yg kite rase terlalu byk smpi x tertanggung nie kononnya, adlh dsbbkan kita yg x berjiwa besar bile bdepan dgnnya. Besarkanlah ruang hati kita n jdilah org yg lbh bijaksana mghadapi masalh.

Zam akan sentiasa igt apa yg cikgu zam ajr mase sekolah dulu. Satu potong ayat yg mksudnya, tidak akan tenang  sesebuah hati kecuali hanya dgn mgingati Allah. Insya-Allah, dgn Allah sentiasa di hati, walau seteruk mana pun kita duji, walau seextreme mana pun, andai hncur badan kita spt kisah Nabi Ayub a.s, andai terpaksa mghadapi pemergian org yg disyg spt ujian Nabi Ibrahim a.s, hati kita akan tetap tenang dan redha dgn sgala ujian drpd-Nya. 

Sabarlah.. Dan terus bersabarlah..


Bukan ke Allah menguji seseorang mgikut kemampuannya? :)

Sunday, September 12, 2010

Aidilfitri, satu kemenangan.


الله أكبر الله أكبر الله أكبر ، لا إله الله والله أكبر ، الله أكبر ولله الحمد

الله أكبر الله أكبر الله أكبر

 الله أكبر كبيرا والحمد لله كثيرا ، وسبحان الله بكرة وأصيلا
Allah Maha Besar sebesar-besarnya & segala puji bagi Allah sebanyak-banyaknya, Maha suci Allah pagi & petang.

لا إله إلا الله ولا نعبد إلا إياه مخلصين له الدين ولو كره الكافرون
Tiada tuhan melainkan Allah & kami tidak menyembah kecuali kepada-Nya dgn ikhlas utk agama, walaupun dibenci oleh golongan kafir.

لا إله إلا الله وحده ، صدق وعدة ، ونصر عبدة، وأعز جنده وهزم الأحزاب وحده 
Tiada tuhan melainkan Allah yang Esa, yg benar janji-Nya, yg menolong hamba-Nya, yg memuliakan tentera-tentera-Nya dgn mengalahkan tentera Ahzab dgn keesaan-Nya.

لا إله إلا الله والله أكبر ، الله أكبر ولله الحمد

Assalamualaikum w.b.t

Salam aidilfitri zam ucapkan kepada sume kenalan zam, saudara-mara & sape2 la yg mgenali zam, khususnya kwn2 SK Felcra Sg Ara, SMKA Bandar Penawar, aikolians, cikgu2, ustaz-ustazah, lecturer etc. Secara ringkas zam nak minta maaf zahir dan batin kpd semua andai secara sengaja dan x sengaja ada tersalah kata dan perlakuan. Harap dimaafkan. Jemputla dtg ke rumah ye :)

Tajuk post nie sbnrnye tjuk khutbah raye tahun nie, 1431H, yg alhamdulillah dpt zam dgr di Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru slps selesai solat sunat aidilfitri. Turut hadir bersama2 kami, Tengku Ismail, Tengku Mahkota Johor. 

Aidilfitri bukanlah hari bersejarah, bukan jga hari pyembahan, tetapi adalah ibadah kepada umat Islam, yg mana Allah myuruh kita meraikan hari tersebut slps dsmpurnakan rukun Islam kita yg ke-3; puasa sebulan pd bulan Ramadhan. Rasulullah s.a.w bersabda;

للصائم فرحتين فرحة عند فطره وفرحة عند لقاء ربه
untuk org berpuasa ada 2 kegembiraan; kegembiraan ketika berbuka dan kegembiraan ketika bertemu dgn Allah

Dgn itu, bergembiralah kita ats kemenangan ini, dan diharapkan kita dpt 'mantain' kan ibadah pd bulan Ramadhan pada bulan2 slpsnya. Sesungguhnya syaitan itu musuh kita yg nyata. Walau ia dilepaskan drpd ikatan sejurus Ramadhan berlalu, moga2 latihan dan istiqamahnya kita melakukan ibadah dari sekecil2 hgga sbsr2 ibadah dlm bulan puasa, dpt terus kita amalkan hingga ke hari2 yg seterusnya tnpa risau akan godaannya :) 

Slmt hari raye! ^^,


Saturday, April 17, 2010

Ish... Berdosa tue!

waktu   : sehari selepas solat jumaat
sumber : edaran tazkirah Masjid Taman Sri Saujana, Kota Tinggi yang ke-133


(menurut kitab Al-Kabair karya Syamsudin Adz-Dzahabi)

Khutbah Jumaat smlm mengenai Ikhtilaf Madzahib. Biase dengar pasal nie sbb kat UIA mmg ade study tntg perbezaan pendapat antara mazhab2, mengapa terjadinya perbezaan pndapat dan pape jela yg berkaitan ngn mazhab nih. So, xla tertido.. hehe... (juz kidding) 

Then mase kuar masjid, zam pun ambillah edaran tazkirah masjid nie. Kali nie tentang Dosa-Dosa Besar. Menurut kitab yang dirujuk, ada 75 dosa besar.

  1. Syirik
  2. Membunuh orang dengan sengaja
  3. Sihir
  4. Meninggalkan Solat Fardhu
  5. Enggan membayar zakat
  6. Tidak berpuasa Ramadhan tanpa alasan
  7. Enggan menunaikan haji
  8. Derhaka kepada kedua-dua ibu bapa
  9. Memutuskan hubungan silaturrahim
  10. Berzina 
  11. Homoseksual
  12. Riba
  13. Memakan harta anak yatim dengan cara zalim
  14. Dusta
  15. Melarikan diri dari peperangan
  16. Pemimpin yang menipu rakyat
  17. Berlaku sombong
  18. Kesaksian palsu
  19. Minum minuman keras
  20. Berjudi 
  21. Qazaf
  22. Khianat dalam harta rampasan perang
  23. Mencuri
  24. Merompak 
  25. Sumpah palsu
  26. Berbuat zalim 
  27. Membantu berbuat zalim
  28. Memperoleh kekayaan dengan cara haram
  29. Bunuh diri
  30. Suka berbuat dusta
  31. Hakim yang derhaka
  32. Rasuah
  33. Perempuan menyerupai lelaki, vise versa
  34. Mangasuh keluarga dalam dosa
  35. Kahwin dengan dasar cina buta
  36. Sisa kencing yang tidak dibersihkan
  37. Ria'
  38. Menyembunyikan ilmu
  39. Khianat 
  40. Mengungkit-ungkit pemberian
  41. Mengingkari takdir
  42. Tajassus (selidik rahsia orang)
  43. Mengadu domba 
  44. Mengutuk orang Muslim 
  45. Mengingkari janji
  46. Percaya kepada dukun/tukang ramal
  47. Nusyuz
  48. Melukis makhluk hidup
  49. Meratapi orang mati
  50. Berperangai buruk
  51. Zalim terhadap orang yang lemah
  52. Menyakiti hati jiran
  53. Menyakiti dan mencaci maki orang Islam
  54. Derhaka terhadap hamba Allah
  55. Mengagumi diri dan sombong dengan berpakaian yang berlebih-lebihan
  56. Menyembelih binatang untuk sesuatu upacara
  57. Hamba sahaya melarikan diri daripada tuannya
  58. Memalsukan keturunan
  59. Menentang kebenaran
  60. Enggan memberikan kelebihan air
  61. Mengurangi timbangan dan takaran
  62. Berbuat dosa tetapi merasa aman dari kemurkaan Allah
  63. Meninggalkan jemaah Solat Jumaat
  64. Curang dalam berwasiat
  65. Tipu daya
  66. Mencaci orang Islam dan membuka rahsianya
  67. Makan dan minum pada bejana emas dan perak
  68. Mencela sahabat Nabi Muhammad SAW
  69. Buang air besar ditempat tumpuan orang ramai
  70. Kencing di tempat air yang bertakung
  71. Nifak
  72. Lupa kepada Allah
  73. Kedekut
  74. Makan 4 makanan yg diharamkan; bangkai, daging babi, darah dan daging yang disembelih selain nama Allah
  75. Kufur kepada Allah
Kalau kita ade buat dosa2 nie, adalah baik utk kita bertaubat dan mohon diampunkan dosa2 kita. Kalau dah bertaubat, jgn diulangi lg. Klu still buat lg, xde makne la kan. Jd, cukup2 lah dosa yg dah dilakukan, takut2 sebelum sempat kita bertaubat, kita dah dipanggil olehNya. Ape kita nak tunjuk nnt? Buku amalan yg penuh dgn dosa? 

Ingatan utk zam jua :)

Allah berfirman; 
"Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa.
(Yaitu) orang-orang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan.
Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa mereka--dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain dari pada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui." 
  (سورة ال عمران : 133-135)


Kita renung2kan bersama :)

Tuesday, April 13, 2010

How Children see Love in Action ;)

I've read an article in Reader's Digest 4/2010, and I smiled :) "Love" according to them (kids)...


"Love is when my Mummy makes coffee for my Daddy and she takes a sip before giving it to him, to make sure the taste is OK" 
boy, 7 y.o.

"Love is when Mummy sees Daddy smelly and sweaty and still says that he is handsomer than Robert Redford (an actor I think.. hehe)"
anor boy, 7 y.o.

"Love is when Mummy gives Daddy the best piece of chicken"
gurl, 5 y.o.

"Love is when you kiss all the time. Then when you get tired of kissing, you still want to be together and you talk some more"
anor gurl, 8 y.o.

Friday, April 9, 2010

Alahai... Pintar, tapi Gelojoh

Di dalam kandungan ibuku tersayang
Amannya jantungmu,  jantungku irama penuh syahdu

Ku ingin rasai kehangatan pelukan
Belaian kasih sayang
Ku jaga kau di hari tuamu
Andai panjang usiaku

Namun hanya harapan tanpa suara 
Di dunia cuma seketika
Jasad kaku dibaluti kertas usang
Terbiar bagai sampah terbuang

Dimanakah  ibu,  dimanakah ayah
Bonekakah atau manusia
Anak tidak berdosa menjadi mangsa
Oleh hawa nafsu yang serakah.

"Harapan Tanpa Suara" - Kempen Kami Prihatin

Assalamualaikum w.b.t. Atas desakan orang jauh, zam gagahkan utk mengupdate blog nie :) Hmm... Siapa pintar?? Siapa pula yang gelojoh?? Ooo... tak nak mengaku ye.



Pertamanya tentang kempen Kami Prihatin yg sedang rancak dijalankan. Alhamdulillah... walau ada manusia kejam di atas muka bumi Allah ini yg lebih dahsyat daripada binatang kerana membuang bayi dan mendera anak2 kecil,  ada juga golongan manusia yang prihatin tentang hal ini. Tak kiralah badan kerajaan, NGO, artis2 dan individu yang sanggup mengambil anak2 yang terbuang sebagai anak angkat. 

Pasangan yg dah berkahwin segelintirnya punya la susah nak dapatkan anak, tapi ramai remaja2 'pintar' kononnya, belajar tinggi2, yang terlalu asyik dengan cinta pula yang 'ter'dapat anak dengan mudahnya. Pada zam, semuanya tentang cara dan gaya hidup kita, tak kiralah agama apa sekalipun. Zam percaya, tak ada satu agama pun yang membenarkan apa yang telah terjadi sekarang. Kalau nak bersosial, bersosial lah. Kalau nak berkenalan, berkenalan lah. Kalau nak bercinta, bercinta lah. Tapi, ingat2 lah batasannya. Jangan jadi 'gelojoh'

Keduanya tentang adik kita, Halimaton. Berumur 15 tahun terdesak nak berkahwin dengan remaja 19 tahun. Alahai... Zam tak tahulah ape sebabnya, tapi terlalu awal nak melayari alam berumah tangga. Takut2 'gelojoh' sangat nak berkahwin, rumah tangga ke mana, masa depan ke mana... Apa2 pun, kita doakanlah yg terbaik untuk mereka. Yela, sayang kan anak pintar nie dirisikokan masa depannya.
    
Bagi zam, semuanya adalah pengajaran buat zam. Kadang2 kita nie nampak macam pandai, nampak macam matang, tapi dalam soal bercinta ke, soal perhubungan ke, boleh jadi bodoh. Kalau tak percaya, kenapa ada remaja bunuh diri sebab putus cinta? Kenapa sanggup buang dan bunuh anak sendiri yang luar nikah tue? Kenapa diabaikan ibu bapa (wali) bila ingin berkahwin? 

Jadi, apa perlu kita buat? Sendiri fikir2kan lah. Semua dah matang kan?? Pandai kan?? Kita jaga diri kita baik2, ikut landasan agama. 

Allah berfirman;

"Dan siapakah yang lebih sesat daripada orang yang mengikuti hawa nafsunya dengan tidak mendapat petunjuk daripada Allah sedikit pun. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim."
سورة القصاص : أية 50 

Ingatan untuk zam dan semua :)



Tuesday, January 12, 2010

Aku Lelaki Cantik / Wanita Gagah ?



 Assalamualaikum w.b.t. Hmm... Bila zam baca tajuk ni sekali imbas, zam akan terfikir pondan dan tomboy. Zaman sekaranglah katakan, perkara-perkara yang luar biasa dah jadi biasa, perkara yang biasa pula yang jadi luar biasa. Banyak yang dah jadi tunggang terbalik. Banyak contohnya. Sendiri fikirlah kan.

Literally, pada zam, zam leh katakan lelaki cantik ni pondan. Tak usah terkejut la, kat asrama zam sendiri ada lelaki yang lagi cantik daripada perempuan. Cara jalan, dress up, style rambut sume sebijik macam perempuan. Kata orang, selagi mereka ni x menyusahkan kita, apa masalahnya kan. Tapi, kita kena faham, Allah murka lelaki yang menyerupai perempuan dan begitulah sebaliknya hatta dari segi pemakaian sekali pun.

Wanita gagah plak literally zam anggap mcm tomboy. I/C je tertulis jantina perempuan, tapi perangai mengalahkan lelaki. Nampak tak molek la perempuan ganas mcm jantan. Bukan ke perempuan ni fitrahnya lembut dan beradab sopan? :)

Yang ingin zam sampaikan bukanlah tamsilan di atas, tetapi kenyataan tajuk yang tertulis. Zam tumpu kepada apa itu kecantikan seorang lelaki dan kegagahan seorang wanita.

Kecantikan lelaki itu antaranya boleh dilihat pabila beliau;

~ mampu mengalirkan air mata untuk ingatan,
~ sedia menerima segala teguran,
~ tenang dan lapang dada,
~ baik sangka, dan
~ tidak pernah berputus asa.

Siapa kata lelaki tak menangis? Orang je xnampak. Walau kasar2 seorang lelaki itu, mereka juga memiliki hati sama seperti kejadian seorang perempuan. X kira la air mata itu mengalir di pipi kerana apa. Termasuklah rase kehambaan diri bila mengingati segala dosa. Ini kerana, lelaki tetap insan yg punyai perasaan. Dan ciri2 seterusnya menampakkan kecantikan mereka kerana mampu menundukkan ego yang tinggi.

Wanita pula terserlah kegagahan mereka pabila;

~ tahan menerima sebuah kehilangan,
~ tidak takut pada kemiskinan,
~ tabah menanggung kerinduan selepas ditinggalkan, dan
~ tidak meminta-minta supaya dipenuhi segala keinginan.

Wanita selalu dilihat sebagai kaum yg lemah. Tapi tidak sebenarnya, pabila mereka ni mampu berdikari, tidak terlalu bergantung kepada orang lain dan sentiasa tenang dan tabah menghadapi waktu2 yg sukar.

Kita nilai lah diri kita sendiri. Cantik dan Gagah kah? :)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...