PEOPLE OFTEN SAYS THAT 'LIFE MUST GOES ON' BUT YOU KNOW WHY?
The one who longs for Paradise will rush towards good deeds;
The one who dreads Hell will put an end to his vices;
The one who has firm conviction in (the imminent arrival of) death will lose all his passions; and
THE ONE WHO REALLY KNOWS THE 'DUNYA' WILL FIND DISASTERS EASY TO BEAR.
(said by Caliph 'Ali Ibn Abi Talib r.a.)

Saturday, April 17, 2010

Ish... Berdosa tue!

waktu   : sehari selepas solat jumaat
sumber : edaran tazkirah Masjid Taman Sri Saujana, Kota Tinggi yang ke-133


(menurut kitab Al-Kabair karya Syamsudin Adz-Dzahabi)

Khutbah Jumaat smlm mengenai Ikhtilaf Madzahib. Biase dengar pasal nie sbb kat UIA mmg ade study tntg perbezaan pendapat antara mazhab2, mengapa terjadinya perbezaan pndapat dan pape jela yg berkaitan ngn mazhab nih. So, xla tertido.. hehe... (juz kidding) 

Then mase kuar masjid, zam pun ambillah edaran tazkirah masjid nie. Kali nie tentang Dosa-Dosa Besar. Menurut kitab yang dirujuk, ada 75 dosa besar.

  1. Syirik
  2. Membunuh orang dengan sengaja
  3. Sihir
  4. Meninggalkan Solat Fardhu
  5. Enggan membayar zakat
  6. Tidak berpuasa Ramadhan tanpa alasan
  7. Enggan menunaikan haji
  8. Derhaka kepada kedua-dua ibu bapa
  9. Memutuskan hubungan silaturrahim
  10. Berzina 
  11. Homoseksual
  12. Riba
  13. Memakan harta anak yatim dengan cara zalim
  14. Dusta
  15. Melarikan diri dari peperangan
  16. Pemimpin yang menipu rakyat
  17. Berlaku sombong
  18. Kesaksian palsu
  19. Minum minuman keras
  20. Berjudi 
  21. Qazaf
  22. Khianat dalam harta rampasan perang
  23. Mencuri
  24. Merompak 
  25. Sumpah palsu
  26. Berbuat zalim 
  27. Membantu berbuat zalim
  28. Memperoleh kekayaan dengan cara haram
  29. Bunuh diri
  30. Suka berbuat dusta
  31. Hakim yang derhaka
  32. Rasuah
  33. Perempuan menyerupai lelaki, vise versa
  34. Mangasuh keluarga dalam dosa
  35. Kahwin dengan dasar cina buta
  36. Sisa kencing yang tidak dibersihkan
  37. Ria'
  38. Menyembunyikan ilmu
  39. Khianat 
  40. Mengungkit-ungkit pemberian
  41. Mengingkari takdir
  42. Tajassus (selidik rahsia orang)
  43. Mengadu domba 
  44. Mengutuk orang Muslim 
  45. Mengingkari janji
  46. Percaya kepada dukun/tukang ramal
  47. Nusyuz
  48. Melukis makhluk hidup
  49. Meratapi orang mati
  50. Berperangai buruk
  51. Zalim terhadap orang yang lemah
  52. Menyakiti hati jiran
  53. Menyakiti dan mencaci maki orang Islam
  54. Derhaka terhadap hamba Allah
  55. Mengagumi diri dan sombong dengan berpakaian yang berlebih-lebihan
  56. Menyembelih binatang untuk sesuatu upacara
  57. Hamba sahaya melarikan diri daripada tuannya
  58. Memalsukan keturunan
  59. Menentang kebenaran
  60. Enggan memberikan kelebihan air
  61. Mengurangi timbangan dan takaran
  62. Berbuat dosa tetapi merasa aman dari kemurkaan Allah
  63. Meninggalkan jemaah Solat Jumaat
  64. Curang dalam berwasiat
  65. Tipu daya
  66. Mencaci orang Islam dan membuka rahsianya
  67. Makan dan minum pada bejana emas dan perak
  68. Mencela sahabat Nabi Muhammad SAW
  69. Buang air besar ditempat tumpuan orang ramai
  70. Kencing di tempat air yang bertakung
  71. Nifak
  72. Lupa kepada Allah
  73. Kedekut
  74. Makan 4 makanan yg diharamkan; bangkai, daging babi, darah dan daging yang disembelih selain nama Allah
  75. Kufur kepada Allah
Kalau kita ade buat dosa2 nie, adalah baik utk kita bertaubat dan mohon diampunkan dosa2 kita. Kalau dah bertaubat, jgn diulangi lg. Klu still buat lg, xde makne la kan. Jd, cukup2 lah dosa yg dah dilakukan, takut2 sebelum sempat kita bertaubat, kita dah dipanggil olehNya. Ape kita nak tunjuk nnt? Buku amalan yg penuh dgn dosa? 

Ingatan utk zam jua :)

Allah berfirman; 
"Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa.
(Yaitu) orang-orang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan.
Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa mereka--dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain dari pada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui." 
  (سورة ال عمران : 133-135)


Kita renung2kan bersama :)

3 comments:

  1. wuhhh......... sgt mengingatkan aku kepada kematian cik zam zam sekalian..thanks for the sweet entry

    ReplyDelete
  2. kalo dating cmner plak zam??huhu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...