PEOPLE OFTEN SAYS THAT 'LIFE MUST GOES ON' BUT YOU KNOW WHY?
The one who longs for Paradise will rush towards good deeds;
The one who dreads Hell will put an end to his vices;
The one who has firm conviction in (the imminent arrival of) death will lose all his passions; and
THE ONE WHO REALLY KNOWS THE 'DUNYA' WILL FIND DISASTERS EASY TO BEAR.
(said by Caliph 'Ali Ibn Abi Talib r.a.)

Saturday, April 17, 2010

Ish... Berdosa tue!

waktu   : sehari selepas solat jumaat
sumber : edaran tazkirah Masjid Taman Sri Saujana, Kota Tinggi yang ke-133


(menurut kitab Al-Kabair karya Syamsudin Adz-Dzahabi)

Khutbah Jumaat smlm mengenai Ikhtilaf Madzahib. Biase dengar pasal nie sbb kat UIA mmg ade study tntg perbezaan pendapat antara mazhab2, mengapa terjadinya perbezaan pndapat dan pape jela yg berkaitan ngn mazhab nih. So, xla tertido.. hehe... (juz kidding) 

Then mase kuar masjid, zam pun ambillah edaran tazkirah masjid nie. Kali nie tentang Dosa-Dosa Besar. Menurut kitab yang dirujuk, ada 75 dosa besar.

  1. Syirik
  2. Membunuh orang dengan sengaja
  3. Sihir
  4. Meninggalkan Solat Fardhu
  5. Enggan membayar zakat
  6. Tidak berpuasa Ramadhan tanpa alasan
  7. Enggan menunaikan haji
  8. Derhaka kepada kedua-dua ibu bapa
  9. Memutuskan hubungan silaturrahim
  10. Berzina 
  11. Homoseksual
  12. Riba
  13. Memakan harta anak yatim dengan cara zalim
  14. Dusta
  15. Melarikan diri dari peperangan
  16. Pemimpin yang menipu rakyat
  17. Berlaku sombong
  18. Kesaksian palsu
  19. Minum minuman keras
  20. Berjudi 
  21. Qazaf
  22. Khianat dalam harta rampasan perang
  23. Mencuri
  24. Merompak 
  25. Sumpah palsu
  26. Berbuat zalim 
  27. Membantu berbuat zalim
  28. Memperoleh kekayaan dengan cara haram
  29. Bunuh diri
  30. Suka berbuat dusta
  31. Hakim yang derhaka
  32. Rasuah
  33. Perempuan menyerupai lelaki, vise versa
  34. Mangasuh keluarga dalam dosa
  35. Kahwin dengan dasar cina buta
  36. Sisa kencing yang tidak dibersihkan
  37. Ria'
  38. Menyembunyikan ilmu
  39. Khianat 
  40. Mengungkit-ungkit pemberian
  41. Mengingkari takdir
  42. Tajassus (selidik rahsia orang)
  43. Mengadu domba 
  44. Mengutuk orang Muslim 
  45. Mengingkari janji
  46. Percaya kepada dukun/tukang ramal
  47. Nusyuz
  48. Melukis makhluk hidup
  49. Meratapi orang mati
  50. Berperangai buruk
  51. Zalim terhadap orang yang lemah
  52. Menyakiti hati jiran
  53. Menyakiti dan mencaci maki orang Islam
  54. Derhaka terhadap hamba Allah
  55. Mengagumi diri dan sombong dengan berpakaian yang berlebih-lebihan
  56. Menyembelih binatang untuk sesuatu upacara
  57. Hamba sahaya melarikan diri daripada tuannya
  58. Memalsukan keturunan
  59. Menentang kebenaran
  60. Enggan memberikan kelebihan air
  61. Mengurangi timbangan dan takaran
  62. Berbuat dosa tetapi merasa aman dari kemurkaan Allah
  63. Meninggalkan jemaah Solat Jumaat
  64. Curang dalam berwasiat
  65. Tipu daya
  66. Mencaci orang Islam dan membuka rahsianya
  67. Makan dan minum pada bejana emas dan perak
  68. Mencela sahabat Nabi Muhammad SAW
  69. Buang air besar ditempat tumpuan orang ramai
  70. Kencing di tempat air yang bertakung
  71. Nifak
  72. Lupa kepada Allah
  73. Kedekut
  74. Makan 4 makanan yg diharamkan; bangkai, daging babi, darah dan daging yang disembelih selain nama Allah
  75. Kufur kepada Allah
Kalau kita ade buat dosa2 nie, adalah baik utk kita bertaubat dan mohon diampunkan dosa2 kita. Kalau dah bertaubat, jgn diulangi lg. Klu still buat lg, xde makne la kan. Jd, cukup2 lah dosa yg dah dilakukan, takut2 sebelum sempat kita bertaubat, kita dah dipanggil olehNya. Ape kita nak tunjuk nnt? Buku amalan yg penuh dgn dosa? 

Ingatan utk zam jua :)

Allah berfirman; 
"Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa.
(Yaitu) orang-orang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan.
Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa mereka--dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain dari pada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui." 
  (سورة ال عمران : 133-135)


Kita renung2kan bersama :)

Tuesday, April 13, 2010

How Children see Love in Action ;)

I've read an article in Reader's Digest 4/2010, and I smiled :) "Love" according to them (kids)...


"Love is when my Mummy makes coffee for my Daddy and she takes a sip before giving it to him, to make sure the taste is OK" 
boy, 7 y.o.

"Love is when Mummy sees Daddy smelly and sweaty and still says that he is handsomer than Robert Redford (an actor I think.. hehe)"
anor boy, 7 y.o.

"Love is when Mummy gives Daddy the best piece of chicken"
gurl, 5 y.o.

"Love is when you kiss all the time. Then when you get tired of kissing, you still want to be together and you talk some more"
anor gurl, 8 y.o.

Friday, April 9, 2010

Alahai... Pintar, tapi Gelojoh

Di dalam kandungan ibuku tersayang
Amannya jantungmu,  jantungku irama penuh syahdu

Ku ingin rasai kehangatan pelukan
Belaian kasih sayang
Ku jaga kau di hari tuamu
Andai panjang usiaku

Namun hanya harapan tanpa suara 
Di dunia cuma seketika
Jasad kaku dibaluti kertas usang
Terbiar bagai sampah terbuang

Dimanakah  ibu,  dimanakah ayah
Bonekakah atau manusia
Anak tidak berdosa menjadi mangsa
Oleh hawa nafsu yang serakah.

"Harapan Tanpa Suara" - Kempen Kami Prihatin

Assalamualaikum w.b.t. Atas desakan orang jauh, zam gagahkan utk mengupdate blog nie :) Hmm... Siapa pintar?? Siapa pula yang gelojoh?? Ooo... tak nak mengaku ye.



Pertamanya tentang kempen Kami Prihatin yg sedang rancak dijalankan. Alhamdulillah... walau ada manusia kejam di atas muka bumi Allah ini yg lebih dahsyat daripada binatang kerana membuang bayi dan mendera anak2 kecil,  ada juga golongan manusia yang prihatin tentang hal ini. Tak kiralah badan kerajaan, NGO, artis2 dan individu yang sanggup mengambil anak2 yang terbuang sebagai anak angkat. 

Pasangan yg dah berkahwin segelintirnya punya la susah nak dapatkan anak, tapi ramai remaja2 'pintar' kononnya, belajar tinggi2, yang terlalu asyik dengan cinta pula yang 'ter'dapat anak dengan mudahnya. Pada zam, semuanya tentang cara dan gaya hidup kita, tak kiralah agama apa sekalipun. Zam percaya, tak ada satu agama pun yang membenarkan apa yang telah terjadi sekarang. Kalau nak bersosial, bersosial lah. Kalau nak berkenalan, berkenalan lah. Kalau nak bercinta, bercinta lah. Tapi, ingat2 lah batasannya. Jangan jadi 'gelojoh'

Keduanya tentang adik kita, Halimaton. Berumur 15 tahun terdesak nak berkahwin dengan remaja 19 tahun. Alahai... Zam tak tahulah ape sebabnya, tapi terlalu awal nak melayari alam berumah tangga. Takut2 'gelojoh' sangat nak berkahwin, rumah tangga ke mana, masa depan ke mana... Apa2 pun, kita doakanlah yg terbaik untuk mereka. Yela, sayang kan anak pintar nie dirisikokan masa depannya.
    
Bagi zam, semuanya adalah pengajaran buat zam. Kadang2 kita nie nampak macam pandai, nampak macam matang, tapi dalam soal bercinta ke, soal perhubungan ke, boleh jadi bodoh. Kalau tak percaya, kenapa ada remaja bunuh diri sebab putus cinta? Kenapa sanggup buang dan bunuh anak sendiri yang luar nikah tue? Kenapa diabaikan ibu bapa (wali) bila ingin berkahwin? 

Jadi, apa perlu kita buat? Sendiri fikir2kan lah. Semua dah matang kan?? Pandai kan?? Kita jaga diri kita baik2, ikut landasan agama. 

Allah berfirman;

"Dan siapakah yang lebih sesat daripada orang yang mengikuti hawa nafsunya dengan tidak mendapat petunjuk daripada Allah sedikit pun. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim."
سورة القصاص : أية 50 

Ingatan untuk zam dan semua :)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...