PEOPLE OFTEN SAYS THAT 'LIFE MUST GOES ON' BUT YOU KNOW WHY?
The one who longs for Paradise will rush towards good deeds;
The one who dreads Hell will put an end to his vices;
The one who has firm conviction in (the imminent arrival of) death will lose all his passions; and
THE ONE WHO REALLY KNOWS THE 'DUNYA' WILL FIND DISASTERS EASY TO BEAR.
(said by Caliph 'Ali Ibn Abi Talib r.a.)

Saturday, November 21, 2009

Hari Arafah dan Amalannya

Alhamdulliah, eid al-Adha sudah semakin hampir. Tapi pada amatan zam, di Johor, eid Adha xla semeriah eid al-Fitri kalau nak dibandingkan dengan Kelantan. Cakap mcmnie sbb dulu ade pengalaman berjiran dgn org Kelantan. Sambutan mereka mmg meriah.

Disamping menyambut perayaan kedua terbesar umat Islam ini, biarlah kita terisi sikit ilmu di dada berkenaan dengan amalan dan fadilat sepuluh hari pertama Zulhijjah. Dalam bulan mulia nie, ade satu hari yang paling afdal disisi Allah s.w.t iaitu Hari Arafah (9 Zulhijjah). Basically, Hari Arafah nie bersempena amalan berwukuf di Padang Arafah iaitu salah satu rukun fardhu ibadah haji. Berdasarkan apa yang zam pelajari dulu, ustaz pnh bgtaw 'arafah' nie bersempena pertemuan kembali nabi Adam dan isterinya, Siti Hawa setelah terpisah pabila dicampakkan ke dunia dan bertemu di Padang Arafah.

Dan pada hari itu juga, Allah akan membebaskan sesiapa yang menghadiri Padang Arafah dan memuliakan hari tersebut, daripada api neraka. Maka, oleh sebab itu la 10 Zulhijjah, hari kesyukuran dan perayaan bagi menzahirkan kegembiraan dan kesyukuran terhadap Ilahi.

Bagi kita nie yang tak berada di Tanah Suci, Islam menganjurkan agar kita berpuasa pada sembilan hari pertama dalam bulan mulia nie terutamanya Hari Arafah. Bukan sekadar itu juga, kita digalakkan memperbanyakkan amal soleh,

Rasullah s.a.w. bersabda:
"Berpuasa pada Hari Arafah dinilai disisi Allah sebagai penghapus dosa bagi setahun yang sebelumnya dan yang selepasnya."
(Hadis Riwayat Muslim)

"Tiada suatu hari pun dalam setahun yang amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada sepuluh hari pertama bulan Zulhijjah. Oleh itu, hendaklah kamu memperbanyakkan zikir, tahlil, takbir dan tahmid"
(Hadis riwayat Ahmad)

Tambahan lagi, amalan wukuf di Padang Arafah ini adalah satu perhimpunan besar manusia di padang dengan bahang terik mentari. Perhimpunan ini melambangkan perhimpunan besar yang bakal dihadapi oleh kita, menunggu utk dishisab di padang Mahsyar kelak.



Jadi, ape lagi, mari kita bermuhasabah diri dan yok! puasa 9 Zulhijjah nie.. :) Eid Mubarrak! Kita doakan agar mereka yang menunaikan haji, selamat dan mendapat haji mabrur. Amiin...

Wednesday, November 18, 2009

Kemarok Cinta


Cinta? Apa yang kita tahu pasal cinta? Zam pun tak rasa zam arif dalam bab percintaan nie. Jadi, cume nak berkongsi  apa yang mampu jela. Ade orang kate cinta ni buta. Maka dgn cinta, manusia teraba2. Ade orang kate cinta ini xperlu dilihat tetapi hanya perlu dirasa. Mungkin kerana rasa cinta ni lahir tanpa dipaksa. Dan ade juga orang kate cinta ni tak perlu pada penjelasan. Hmm... Mungkin juga, sebab 'Cinta' ni suatu yang subjektif. Oleh itu, terpulanglah pada diri masing2 dalam mentakrifkan 'Cinta'. Kita sume ada pndgn yg tersendiri.

Ada perkara menarik yang ingin zam ceritakan sbg peringatan kpd diri zam sendiri. ~jgn kemarok cinta~ :)

Suatu hari ketika zam termenung, khayal fkr ttg cinta, mak ajak tgk cite 'Syurga Cinta'. Zam x minat cite2 jiwang nie tapi dah mak nak tgk, kite pun layan la sekali. Bukan nak promosi filem cume nak ambil sedikit pgajaran.

Dalam filem tue ada bgtaw, ada 3 jenis jodoh; 1) Jodoh dari Syaitan. Secara tamsilannya, Zam berkenalan dgn seorang gadis, bile jalan2 berpegangan tgn, wat maksiat, then gadis tue mengandung. Kemudian zam nikahi dia. 2) Jodoh dari Jin. Zam berkenalan dgn seorang gadis, zam suke dia, tapi dia tak suke zam. So, zam sihir dia supaya dia cintakan zam dan zam nikahi dia. Dan ke-3) Jodoh dari Allah. Zam berkenalan dgn seorang gadis, pandangan pertama itu menusuk ke kalbu zam, lalu zam pinang dia dan dia terima. Kemudian kami bernikah. Hubungan akan kekal, InsyaAllah...

 "Along, macam ni la mak ngan abah", dgn tiba2 mak zam sampuk mase melayan feel tgk filem tue..huhu. Abah memang lelaki pertama dalam hati mak sbb dari sek men hinggalah ke maktab perguruan, sume studentnya perempuan jer. Mak selalu bg teguran dan nasihat secara sinis dan tersirat. Mungkin sbb kita dah meningkat dewasa kan, jadi teguran semacam itu 'lebih terasa' tanpa perlu straight to d point.

Cara orang dulu2 bercinta lain dgn remaja sekarang. Pada pndpt zam, cinta remaja sekarang lebih terdorong kepada nafsu berbanding tanggungjawab yang sepatutnya ada pada mereka. Em, terasa sendiri la kan. Dan zam juga percaya 'Cinta' ni memerlukan matlamat utk sebuah perkahwinan. Dan harus diingati, 'perkahwinan' adalah permulaan dan bukannya pengakhiran sebuah episod cinta. Jadi, adakah pencita2 kini sudah yakin mereka mampu menjadi lelaki yang terbaik utk pasangan dan keluarga. Andai belum, biarlah kita sediakan diri kita dulu sebelum mengambil langkah yg perlu dfikir pnjg.


Bercinta tiada salahnya. Lagipun 'Cinta' adalah fitrah kita. Cuma "cara" tue yang amat kritikal bg org yang kemarok bercinta. Sekali lagi peringatan kepada diri sendiri. Kawan ade pesan, Kejar Cita Baru Cinta :)

Tuesday, October 20, 2009

Allah Sayang Kamu - Tribute to Humaira


Adikku, kini telah hampir sebulan kamu pergi... Namun, abang masih terasa kehilanganmu...

17 Oktober, Allah telah menjemputmu pulang disisi-Nya. Tidak abang sangka adikku yang cergas dan lincah di balapan ini, semput menjadi asbab pemergianmu... Namun abg sentiasa berdoa agar kamu ditempatkan bersama orang2 yang beriman. Abg terima dan inilah kehendak Ilahi yang patut memberi peringatan kepada abang bahawa hidup di dunia ini hanya sementara. Ajal suatu ketentuanNya yang tidak dapat diteka dan ditangguh. Dan abang juga tidak tahu sehingga bila Allah memberi peluang kepada abang untuk hidup dan mencari bekalan untuk dibawa ke Ahirat kelak...

Astaghfirullah al-'Azim. Ampunkan dosa-dosaku ya Allah...

Teringat kembali kepada perkenalan pertama 2004 dulu. 'Umai', junior form 3 yang paling comel, atlit sekolah dalam larian jarak jauh, seorang yang bijak, pendiam dan pemalu. Semua itu menjadi kenanganku kini. Hmm... Rasa menyesal pun ada sebab dah lama kami lost contact... Tapi dah takdir kan. Aku hanya mampu berdoa. Umai, Allah sayang kamu...

Rasulullah SAW bersabda:
"Apabila Allah telah memutuskan bagi seseorang hamba-Nya bahawa ia akan mati di satu bumi (tempat) nescaya Allah menjadikan sesuatu hajat baginya di tempat itu."
Diriwayatkan oleh Ahmad dan at-Tarmidzi

Kadang-kadang ku terfikir dgn hidup ku sekarang dan pelbagai dugaan hidup, aku x tahu adakah aku larat utk tempuhi segalanya. Mungkin patut utk aku berdoa: seandainya hidup adalah terbaik utk ku kini, panjangkanlah umur ku, ya Allah dan seandainya kematian adalah yang terbaik untuk ku, pulangkan lah aku disisi-Mu, ya Allah...

Daripada Allah kita datang dan kepada-Nya jua kita kembali...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...