PEOPLE OFTEN SAYS THAT 'LIFE MUST GOES ON' BUT YOU KNOW WHY?
The one who longs for Paradise will rush towards good deeds;
The one who dreads Hell will put an end to his vices;
The one who has firm conviction in (the imminent arrival of) death will lose all his passions; and
THE ONE WHO REALLY KNOWS THE 'DUNYA' WILL FIND DISASTERS EASY TO BEAR.
(said by Caliph 'Ali Ibn Abi Talib r.a.)

Tuesday, January 12, 2010

Aku Lelaki Cantik / Wanita Gagah ?



 Assalamualaikum w.b.t. Hmm... Bila zam baca tajuk ni sekali imbas, zam akan terfikir pondan dan tomboy. Zaman sekaranglah katakan, perkara-perkara yang luar biasa dah jadi biasa, perkara yang biasa pula yang jadi luar biasa. Banyak yang dah jadi tunggang terbalik. Banyak contohnya. Sendiri fikirlah kan.

Literally, pada zam, zam leh katakan lelaki cantik ni pondan. Tak usah terkejut la, kat asrama zam sendiri ada lelaki yang lagi cantik daripada perempuan. Cara jalan, dress up, style rambut sume sebijik macam perempuan. Kata orang, selagi mereka ni x menyusahkan kita, apa masalahnya kan. Tapi, kita kena faham, Allah murka lelaki yang menyerupai perempuan dan begitulah sebaliknya hatta dari segi pemakaian sekali pun.

Wanita gagah plak literally zam anggap mcm tomboy. I/C je tertulis jantina perempuan, tapi perangai mengalahkan lelaki. Nampak tak molek la perempuan ganas mcm jantan. Bukan ke perempuan ni fitrahnya lembut dan beradab sopan? :)

Yang ingin zam sampaikan bukanlah tamsilan di atas, tetapi kenyataan tajuk yang tertulis. Zam tumpu kepada apa itu kecantikan seorang lelaki dan kegagahan seorang wanita.

Kecantikan lelaki itu antaranya boleh dilihat pabila beliau;

~ mampu mengalirkan air mata untuk ingatan,
~ sedia menerima segala teguran,
~ tenang dan lapang dada,
~ baik sangka, dan
~ tidak pernah berputus asa.

Siapa kata lelaki tak menangis? Orang je xnampak. Walau kasar2 seorang lelaki itu, mereka juga memiliki hati sama seperti kejadian seorang perempuan. X kira la air mata itu mengalir di pipi kerana apa. Termasuklah rase kehambaan diri bila mengingati segala dosa. Ini kerana, lelaki tetap insan yg punyai perasaan. Dan ciri2 seterusnya menampakkan kecantikan mereka kerana mampu menundukkan ego yang tinggi.

Wanita pula terserlah kegagahan mereka pabila;

~ tahan menerima sebuah kehilangan,
~ tidak takut pada kemiskinan,
~ tabah menanggung kerinduan selepas ditinggalkan, dan
~ tidak meminta-minta supaya dipenuhi segala keinginan.

Wanita selalu dilihat sebagai kaum yg lemah. Tapi tidak sebenarnya, pabila mereka ni mampu berdikari, tidak terlalu bergantung kepada orang lain dan sentiasa tenang dan tabah menghadapi waktu2 yg sukar.

Kita nilai lah diri kita sendiri. Cantik dan Gagah kah? :)



Thursday, December 3, 2009

'Most Important Words' to us...

Ketika seorang cikgu B.I. mengemas meja di bilik guru, dijumpainya kertas tertulis kata2  yang ingin dikongsikan bersama zam.  Diingatkan zam, setiap perkataan yg ingin kita lafazkan amat memberi makna dan kesan tidak kiralah ke atas orang yg berkata atau kepada orang yg ditujukan. Bak kata pepatah, "Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya". Ada gak mutiara kata yg berbunyi, "Kerana mulut, badan binasa". Jadi beringatlah kita bile hendak berbicara :)

Inilah yang cikgu B.I. tue bgtaw, perkataan yang amat penting dalam perbualan sehari-hari.

6 Most Important Words
I admit I made a mistake
(kerna kita jarang akuinya)

 5 Most Important Words
I am proud of you
(kita selalu memberi kritikan tetapi bukan pujian & penghargaan)

4 Most Important Words
What is your opinion
(kerna kita tidak pedulikan kata2 sahabat)

3 Most Important Words
If you please
(kerna kita tidak beradab ketika meminta suatu pertolongan)

2 Most Important Words
Thank you
(sekali lagi, kita amat susah utk katakannya. Kita jarang bersyukur)

1 Most Important Word
We
(kerna kita terlalu mementingkan diri)

Cikgu B.I. nie mmg slalu beri kata2 mcm nie pada zam. Thnx m0m! :) Kerana zam masih mentah, biarlah insan yang bergelar ibu menjadi guru yg selalu bimbing dan beri tunjuk ajar dlm melayari sebuah kehidupan ini...agar tidak leka, tidak tersalah tingkah dan terlanjur bicara...(cikgu B.I. finally revealed...)

Saturday, November 21, 2009

Hari Arafah dan Amalannya

Alhamdulliah, eid al-Adha sudah semakin hampir. Tapi pada amatan zam, di Johor, eid Adha xla semeriah eid al-Fitri kalau nak dibandingkan dengan Kelantan. Cakap mcmnie sbb dulu ade pengalaman berjiran dgn org Kelantan. Sambutan mereka mmg meriah.

Disamping menyambut perayaan kedua terbesar umat Islam ini, biarlah kita terisi sikit ilmu di dada berkenaan dengan amalan dan fadilat sepuluh hari pertama Zulhijjah. Dalam bulan mulia nie, ade satu hari yang paling afdal disisi Allah s.w.t iaitu Hari Arafah (9 Zulhijjah). Basically, Hari Arafah nie bersempena amalan berwukuf di Padang Arafah iaitu salah satu rukun fardhu ibadah haji. Berdasarkan apa yang zam pelajari dulu, ustaz pnh bgtaw 'arafah' nie bersempena pertemuan kembali nabi Adam dan isterinya, Siti Hawa setelah terpisah pabila dicampakkan ke dunia dan bertemu di Padang Arafah.

Dan pada hari itu juga, Allah akan membebaskan sesiapa yang menghadiri Padang Arafah dan memuliakan hari tersebut, daripada api neraka. Maka, oleh sebab itu la 10 Zulhijjah, hari kesyukuran dan perayaan bagi menzahirkan kegembiraan dan kesyukuran terhadap Ilahi.

Bagi kita nie yang tak berada di Tanah Suci, Islam menganjurkan agar kita berpuasa pada sembilan hari pertama dalam bulan mulia nie terutamanya Hari Arafah. Bukan sekadar itu juga, kita digalakkan memperbanyakkan amal soleh,

Rasullah s.a.w. bersabda:
"Berpuasa pada Hari Arafah dinilai disisi Allah sebagai penghapus dosa bagi setahun yang sebelumnya dan yang selepasnya."
(Hadis Riwayat Muslim)

"Tiada suatu hari pun dalam setahun yang amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada sepuluh hari pertama bulan Zulhijjah. Oleh itu, hendaklah kamu memperbanyakkan zikir, tahlil, takbir dan tahmid"
(Hadis riwayat Ahmad)

Tambahan lagi, amalan wukuf di Padang Arafah ini adalah satu perhimpunan besar manusia di padang dengan bahang terik mentari. Perhimpunan ini melambangkan perhimpunan besar yang bakal dihadapi oleh kita, menunggu utk dishisab di padang Mahsyar kelak.



Jadi, ape lagi, mari kita bermuhasabah diri dan yok! puasa 9 Zulhijjah nie.. :) Eid Mubarrak! Kita doakan agar mereka yang menunaikan haji, selamat dan mendapat haji mabrur. Amiin...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...