Di dalam kandungan ibuku tersayang
Amannya jantungmu, jantungku irama penuh syahdu
Ku ingin rasai kehangatan pelukan
Belaian kasih sayang
Ku jaga kau di hari tuamu
Andai panjang usiaku
Namun hanya harapan tanpa suara
Di dunia cuma seketika
Jasad kaku dibaluti kertas usang
Terbiar bagai sampah terbuang
Dimanakah ibu, dimanakah ayah
Bonekakah atau manusia
Anak tidak berdosa menjadi mangsa
Oleh hawa nafsu yang serakah.
"Harapan Tanpa Suara" - Kempen Kami Prihatin
Assalamualaikum w.b.t. Atas desakan orang jauh, zam gagahkan utk mengupdate blog nie :) Hmm... Siapa pintar?? Siapa pula yang gelojoh?? Ooo... tak nak mengaku ye.
Pertamanya tentang kempen Kami Prihatin yg sedang rancak dijalankan. Alhamdulillah... walau ada manusia kejam di atas muka bumi Allah ini yg lebih dahsyat daripada binatang kerana membuang bayi dan mendera anak2 kecil, ada juga golongan manusia yang prihatin tentang hal ini. Tak kiralah badan kerajaan, NGO, artis2 dan individu yang sanggup mengambil anak2 yang terbuang sebagai anak angkat.
Pasangan yg dah berkahwin segelintirnya punya la susah nak dapatkan anak, tapi ramai remaja2 'pintar' kononnya, belajar tinggi2, yang terlalu asyik dengan cinta pula yang 'ter'dapat anak dengan mudahnya. Pada zam, semuanya tentang cara dan gaya hidup kita, tak kiralah agama apa sekalipun. Zam percaya, tak ada satu agama pun yang membenarkan apa yang telah terjadi sekarang. Kalau nak bersosial, bersosial lah. Kalau nak berkenalan, berkenalan lah. Kalau nak bercinta, bercinta lah. Tapi, ingat2 lah batasannya. Jangan jadi 'gelojoh'.
Keduanya tentang adik kita, Halimaton. Berumur 15 tahun terdesak nak berkahwin dengan remaja 19 tahun. Alahai... Zam tak tahulah ape sebabnya, tapi terlalu awal nak melayari alam berumah tangga. Takut2 'gelojoh' sangat nak berkahwin, rumah tangga ke mana, masa depan ke mana... Apa2 pun, kita doakanlah yg terbaik untuk mereka. Yela, sayang kan anak pintar nie dirisikokan masa depannya.
Bagi zam, semuanya adalah pengajaran buat zam. Kadang2 kita nie nampak macam pandai, nampak macam matang, tapi dalam soal bercinta ke, soal perhubungan ke, boleh jadi bodoh. Kalau tak percaya, kenapa ada remaja bunuh diri sebab putus cinta? Kenapa sanggup buang dan bunuh anak sendiri yang luar nikah tue? Kenapa diabaikan ibu bapa (wali) bila ingin berkahwin?
Jadi, apa perlu kita buat? Sendiri fikir2kan lah. Semua dah matang kan?? Pandai kan?? Kita jaga diri kita baik2, ikut landasan agama.
Allah berfirman;
"Dan siapakah yang lebih sesat daripada orang yang mengikuti hawa nafsunya dengan tidak mendapat petunjuk daripada Allah sedikit pun. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim."
سورة القصاص : أية 50
Ingatan untuk zam dan semua :)
haha~
ReplyDeletebila zam da ckp psl cinta ;p
suke entry nih...
ReplyDeleteterima kasih utk peringatan...:)
to e - hehe... nape klu zam cite psl cinta? (^,~)
ReplyDeleteto syafiqah - tq :) its ok, ingatan utk zam jgak
TERKINI - Halimaton x mahu berkahwin dan ingin sambung belajar di sekolah. :) alhamdulillah...
ReplyDelete