PEOPLE OFTEN SAYS THAT 'LIFE MUST GOES ON' BUT YOU KNOW WHY?
The one who longs for Paradise will rush towards good deeds;
The one who dreads Hell will put an end to his vices;
The one who has firm conviction in (the imminent arrival of) death will lose all his passions; and
THE ONE WHO REALLY KNOWS THE 'DUNYA' WILL FIND DISASTERS EASY TO BEAR.
(said by Caliph 'Ali Ibn Abi Talib r.a.)

Monday, July 6, 2009

Influenza A


Salam... Anda sihat? Semoga semuanya baik2 saja. Kali ini buletin mengenai jangkitan selesema babi. Nampaknya bilangan kes kian bertambah saban hari. Pada 6 Julai saja telah dilaporkan sebanyak 359 kes jangkitan wabak berbahaya ini di seluruh Malaysia. Innalillah wa inna ilaihiraji'un... Maka, seluruh penduduk perlu sedikit sebanyak memiliki ilmu tentang penularan penyakit berjangkit yang berpunca daripada babi yang telah dijangkiti virus dan langkah2 pencegahannya. Berikut maklumat yang dapat membantu anda;


Simptom-simptom:

Sama seperti simptom selesema biasa; demam, batuk, sakit tekak, sakit badan, pening kepala, sejuk dan kelesuan

Langkah2 Mengelak Daripada Dihinggapi Penyakit?

  • Tutup/lindung mulut dan hidung anda dengan tisu sewaktu bersin atau batuk. Buangkan tisu tersebut ke dalam tong sampah selepas menggunakannya.
  • Basuhlah tangan dengan sabun dan air dengan kerap terutamanya selepas batuk atau selesema. Pembersih tangan berasaskan alcohol juga berkesan.
  • Mengelak dari menyentuh mata, hidung dan mulut. Kuman boleh merebak dengan cara ini.
  • Jika anda sakit akibat demam selesema, disyorkan supaya anda tidak bekerja atau ke sekolah juga mengehadkan pergaulan dengan orang lain supaya mereka tidak dijangkiti.

Cara Mengelak Dari Menyebarkan Virus Melalui Batuk Dan Bersin?

  • Jika anda sakit, hadkan pergaulan anda sebaik yang mungkin.
  • Jangan pergi ke sekolah.
  • Tutup mulut anda dengan tisu semasa batuk dan bersin. Ia boleh membantu mengelak orang-orang di sekeliling kamu dari jatuh sakit.
  • Buangkan tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah.
  • Tutup mulut anda semasa bersin dan batuk jika tiada tisu
  • Basuhlah tangan kamu setiap kali batuk dan bersin.

Tanda2 (kanak2) Perlu Dibawa Untuk Dirawat?
  • Kesukaran bernafas dan pernafasan yang terlalu cepat.
  • Warna kulit bertukar kebiru-biruan.
  • Tidak minum air yang secukupnya.
  • Tidak bangun dan berinteraksi.
  • Tidak suka dipegang dan asyik merengek.
  • Simptom seperti selesema dan pulih tetapi kemudiannya berulang bersama demam dan batuk yang lebih teruk.
  • Demam dan beruam.
Take note ya! Saudara sekalian, penyakit yang menjangkiti penduduk dunia hari ini adalah qada' dan qadar Allah s.w.t yang perlu kita fahami sebagai seorang Muslim. Islam mengajar umatnya menerima dengan lapang segala musibah yang menimpa dengan keinsafan dan kesedaran disamping usaha untuk mencegah dan mengubati dengan sebaik-baiknya.

Allah berfirman dalam Surah al-Baqarah, ayat 155-157;
"Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: "Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nyalah kami kembali". Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk."

Disamping kita meyakini bahawa segala bentuk kejadian itu ialah kehendak yang Maha Esa, jangan kita lalai dan persiakan waktu2 sihat kita. Nanti dah jatuh sakit baru menyesal. Tak cukup amallah, tak cukup solatnyelah, tak sempat tunai hajilah... Jadi, beringat sebelum kena.

Daripada Abdullah bin Umar, katanya:
"Rasulullah s.a.w memegang bahuku lalu bersabda: Jadikanlah dirimu di dunia ini seolah-olah engkau orang dagang atau musafir."
Sejak itu, Ibn Umar selalu berkata:
"Apabila engkau berada pada waktu petang janganlah engkau tunggu datangnya waktu pagi dan apabila engkau berada pada waktu pagi, janganlah engkau tunggu datangnya petang dan ambillah peluang dari kesihatanmu itu membuat amal untuk masa sakitmu dan masa hidupmu berbekal untuk ma
timu."
(Hadith riwayat al-Bukhari)

Tak cukup ke dengan langkah2 yg tertulis kat atas? Okie, saya ada sertakan doa ketika sesuatu penyakit merebak agar dapat sama2 kita amalkan:



Selamat beramal! :)


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...