PEOPLE OFTEN SAYS THAT 'LIFE MUST GOES ON' BUT YOU KNOW WHY?
The one who longs for Paradise will rush towards good deeds;
The one who dreads Hell will put an end to his vices;
The one who has firm conviction in (the imminent arrival of) death will lose all his passions; and
THE ONE WHO REALLY KNOWS THE 'DUNYA' WILL FIND DISASTERS EASY TO BEAR.
(said by Caliph 'Ali Ibn Abi Talib r.a.)

Thursday, July 2, 2009

Misi Tertunda

Kita merancang, Allah jua Penentu segalanya. Misi siapa yang tertunda? Oh, tidak.. bukan misi saya. Apa yang saya ingin ceritakan ialah misi Zahra Masoumah Abdul Halim. Beliau bukan calang-calang orang taw.. Beliau bakal menjadi wanita Islam pertama merentasi Selat Inggeris andai usahanya berjaya. Malangnya, pada 2 Julai, beliau terpaksa mengguhkan misi tersebut.

Hebat sangat ke Zahra ni? Hmm.. anda nilailah sendiri. Biar saya yang ceritakan serba sedikit mengenai perancangan pelajar Sains Sukan Universiti Teknologi Mara (UiTM) ini. Misi beliau yang merupakan fasa ketiga Eksplorasi Ekstrem Tujuh Benua Tujuh Negara (EE7B7N) telah merancangkan renangan yang bermula dari Pantai Shakespeare, England hingga Calais, Perancis sejauh 34 km. MashaAllah.. Ada orang tu terapung pun tak pandai, inikan berenang berjam-jam? Fuh, satu cabaran hebat! Walau bukan perenang terpantas, saya amat kagumi stamina beliau.

Mana tak nye, beliau sebenarnya telah berenang selama 12 jam dalam keadaan laut bergelombang bermula awal pagi kira-kira jam 6 pagi dan berhenti pada jam 6 petang waktu London. Apa sebab beliau mahu mengundur diri ek? Tidak, beliau tidak mahu mengundur diri dalam menghabiskan misi tersebut tetapi cekal meneruskannya. Namun, atas pujukan jurulatih dan katanya bahawa keadaan laut dengan ombak setinggi 1.5 m tidak mampu bagi Zahra untuk teruskan ekspedisi kerana Zahra akan dihanyutkan ke perairan Inggeris semula. Pasti masa untuk Zahra tiba di destinasi adalah lebih lambat berbanding dengan apa yang telah dirancang.

Anak muda yang berusia 18 tahun ini berkata, "Jika boleh saya tak mahu berhenti, tapi diarahkan pengemudi untuk berhenti. Dari segi suhu air, saya masih lagi boleh tahan, tetapi arus yang menjadi masalah besar. Jika saya teruskan, paling minimum saya boleh capai matlamat saya ialah 12 jam. Tapi dalam keadaan yang lemah, mungkin lama lagi,"

"Saya akan cuba lagi. sekali gagal tidak bermakna gagal selama-lamanya," tambahnya lagi.

Bersempena post pertama saya dalam HALAWATUL HAYAH ini, saya amat berminat untuk berkata tentang "Aim & Strive" dengan mengambil teladan daripada kisah keazaman dan daya usaha Zahra yang tinggi. Antara kunci sesebuah kejayaan ialah; Kerajinan, Commitment, Ketekunan dan Keazaman. Disebalik kejayaan yang akan kita capai melalui kunci2 ini, ada hasil tersirat yang telah Allah janjikan.

Allah berfirman dalam Surah An-Nahl 16:97 yang bermaksud,
"Barangsiapa yang mengerjakan amal soleh, baik laki-laki maupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah meraka kerjakan."

Lihat, ini janji Allah! Oleh itu, adakah bermula hari ini akan kita akan melakukan sesuatu perkara baik dengan bersungguh-sungguh? Pastikan jawapannya ya! Agak-agaknya bagaimana usaha Zahra utk melayakkan diri menyahut cabaran tersebut? Adakah dengan latihan yang sambil lewa atau training sebulan sekali? Cuba bayangkan pensyarah anda telah menjanjikan gred A dalam subjek dan post sebagai Tutor jika anda melakukan yang terbaik untuk exam dan assignment, adakah anda biarkan dan lepaskan saja peluang itu? Tapi ingat, keinginan perlu usaha, sebab ada je orang yang cakapnya lebat tapi, haprak. Habuk pun tarak.

Oleh itu, marilah kita berusaha bersungguh-sungguh dalam semua perkara kerana tidak bersungguh-sungguh dan bersungguh sama penatnya. Andai ketika kita berusaha ada saja halangannya, jgnlah mudah berputus asa. Dr. Martin Luther King ada mengingatkan; If you can't fly, run. If you can't run, walk. If you can't walk, crawl, but by all means, keep moving.

Hidup ini indah bukan. Andai kita tidak pernah merasai pahit, bagaimana ingin kita rasai manisnya sesuatu :)


Salam sukses!

4 comments:

  1. selamat dtg ke dunia blog hahahha semoga berjaye

    ReplyDelete
  2. hehe.. tq2.. sila beri tunjuk ajar sifu! muahahaha.. tggu la nnt perangai pelik ko di bongkar..haha

    ReplyDelete
  3. waa...kwn ku da strt blogging..
    not bad r...erm..ak juz wish gud luck tuk mu jew la..huu~

    ReplyDelete
  4. tq2 :) yela, ko kan expert ngn bnde2 cmnie.huhu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...