PEOPLE OFTEN SAYS THAT 'LIFE MUST GOES ON' BUT YOU KNOW WHY?
The one who longs for Paradise will rush towards good deeds;
The one who dreads Hell will put an end to his vices;
The one who has firm conviction in (the imminent arrival of) death will lose all his passions; and
THE ONE WHO REALLY KNOWS THE 'DUNYA' WILL FIND DISASTERS EASY TO BEAR.
(said by Caliph 'Ali Ibn Abi Talib r.a.)

Saturday, July 11, 2009

'Welcome Back' Sahabatku!

"Antara kemanisan hidup ini apabila seseorang memiliki sahabat yang setia tanpa sebarang kepentingan"
Pejam celik, pejam celik, tup2, dah nak masuk sem baru dah. Rase sekejap je cuti sem nie. Tapi xpe, pastinye 12 hb nie akan ku temui kembali sahabat2ku. :) wah, kali ini, nak cite skit pasal 'persahabatan'.

Nilai suatu persahabatan dilihat daripada ketelusan hati dan kesediaan berkorban demi orang lain. Ha, cube igt balik kesah dulu2, mesti ade kan mmber2 yang pnah berkorban utk kite. Untung btul ade kawan mcm tue.

p/s: untuk Am, Syed, Issyam, Helmi, Hasziq, Yus, E, Champ. Raafiq. Syau dan Nabil. Inilah list name budak2 wanted. hahaha.. xla, just nak korg igt balik Rehlah Sg. Pisang yang xdpat dilupakan sbb ekspedisinya yg amat2 adventure. hahaha.. Dtg awal pagi, Maghrib bru bleh kuar.. hi2. (budak2 nie faham la.. :p) Ape yg nak saya highlight kan ialah ketenangan Am walau ditimpa pelbagai masalah. Tp sbb ape? Sbb ade kwn2 yg xkan biar dye susah sorg2 la. Insiden nie ada mengajar erti persahabatan. Pas kereta Am ok, suke giler dye.. Alhamdulillah

Sahabatku sekalian,
Memiliki persahabatan yang jujur dalam ertikata yang sebenar adalah nikmat kehidupan. Namun ianya sukar utk dicari. Kdg2 nak bkawan sbb sipulan tue ade PSP. Leh tumpang sekaki katenye. Ish3, gitu ke kawan?

Sabda Rasulullah s.a.w;

"Tiga perkara sesiapa yang ada padanya maka dia mendapati kemanisan iman;
1. Hendaklah Allah dan RasulNya lebih dicintai mengatasi selain keduanya.
2. Hendaklah dia mencintai seseorang, tidak dia cintainya kecuali kerana Allah.
3. Handaklah dia benci untuk kembali kepada kekufuran sepertimana dia benci untuk dicampakkan ke dalam neraka."
(Riwayat al-Bukahari dan Muslim)


Tambahan lagi, kisah golongan Muhajirin dan Ansar kan boleh kita contohi. Betapa hebatnya pengorbanan yang mereka. Ha, nak tambah lg. Sesetengah org kalau x nampak kelebihan sesuatu, dyorg x nak amik kisah. So, cuba baca yg nie plak, kita lihat betapa benilainya suatu persahabatan :) ;

Dalam hadis Nabi s.a.w bersabda:

“Sesungguhnya dari kalangan hamba-hamba Allah adanya golongan yang mereka bukan para nabi, atau para syahid. Namun para nabi dan para syahid cemburu kepada mereka pada Hari Kiamat disebabkan kedudukan mereka di sisi Allah”. Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah! Beritahulah kami siapakah mereka?”.


Jawab Nabi: “Mereka itu golongan yang cinta mencintai dengan ruh Allah, tanpa ada hubungan kekeluargaan dan bukan kerana harta yang diidamkan. Demi Allah, sesungguhnya wajah-wajah mereka adalah cahaya, mereka berada atas cahaya. Mereka tidak takut pada saat manusia ketakutan, mereka tidak berdukacita ketika manusia berdukacita”.


Em, nak letak la sikit gambar2 kenangan yg diabadikan. Cehwah.. skit2 jela, nak letak byk x muat... They're some of my friends..




Ramai lg yg diluar gmbar. Itu kena tgk dlm album la. haha..

Hmm... Sahabat,
Hadir dikala senang dan susah,

Peneman dikala sunyi,


Penyeri dikala lembam,


Penyembuh dikala sakit,


Pengubat dikala duka,


Pemanis untuk kehidupan seorang insan seperti kita :)


Salam ukhuwah!

3 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...