PEOPLE OFTEN SAYS THAT 'LIFE MUST GOES ON' BUT YOU KNOW WHY?
The one who longs for Paradise will rush towards good deeds;
The one who dreads Hell will put an end to his vices;
The one who has firm conviction in (the imminent arrival of) death will lose all his passions; and
THE ONE WHO REALLY KNOWS THE 'DUNYA' WILL FIND DISASTERS EASY TO BEAR.
(said by Caliph 'Ali Ibn Abi Talib r.a.)

Thursday, July 9, 2009

PPSMI: BM Kembali Dimartabatkan 2012



Langkah kerajaan memansuhkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) memperlihatkan bahawa kedudukan dan martabat bahasa Melayu sudah dikembalikan di tempatnya yang wajar. Begitulah respon daripada Profesor Diraja Ungku Aziz Ungku Abdul Hamid. Ia juga selari dengan peruntukan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Nampaknya, isu hangat ini sudah pun diberi kata putus oleh TPM kita dengan pemansuhannya pada 2012 atau secara keseluruhannya pada 2014 (peperiksaan xkan ada lagi dalam dwibahasa).

Namun begitu, “B. Melayu dimartabat, B Inggeris dimantapkan” bak kata DS Muhyiddin tidaklah BM itu dimartabatkan sepenuhnya lagi pada pandangan saya. Ya lah, SJKC dan SJKT akan menggunakan bahasa masing2 iaitu bahasa Cina dan bahasa Tamil. Kalau betul la nak martabatkan sgt BM ni, baik aplikasi saja BM sebagai medium perantaraan bagi subjek Matematik dan Sains di semua sekolah. Tidak mengapalah, kes dah selesai, tak perlu nak tambah2 cerita pula kan.

Biasanya sesuatu perkara itu ada pro dan kontranya. Dengan itu, pasti ada pihak yang beretuju dengan pelaksanaan PPSMI sejak dasar ini diperkenalkan pada tahun 2003 oleh Tun Dr. Mahathir dan ada juga yang membangkang. Dalam subjek BM Perundangan (LM 2022) kelas saya, ada juga dibincangkan isu ini oleh salah seorang rakan saya yang bersifat neutral dalam perbincangan tersebut. Bila dibuka sesi Q&A, bertalu2 soalan dikemukakan dan ada juga yang memberikan pendapat masing2. Dalam amatan saya, ramai yang memberi respon dengan bersetuju akan niat murni dasar ini cuma ada rakan yang mengatakan bahawa belum sampai masanya dan perlu pandangan menyeluruh tentang keberkesanannya (prestasi murid2 di bandar dan luar bandar) semenjak dilaksanakan hingga kini. Takut2 bak kata pepatah “yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran”.

Nah, sekarang PPSMI dimansuh 2012. Disamping para pembangkang dasar ini menarik nafas lega, ada juga yang tidak senang dengan keputusan ini. Hmm.. macam mana nie?? Yang pastinya tuan punya badan yang mencadangkan dasar ini iaitu Tun M bersedih dengan pemansuhannya. Selain itu, Kumpulan Bertindak Ibu Bapa (PAGE) merasa hampa dengan tindakan yang dibuat oleh Kabinet. Ada yang mencadangkan agar Kementerian Pelajaran memberi pilihan kepada pihak sekolah dan ibu bapa sama ada untuk mengekalkan PPSMI di sekolah masing2. Ntah kelam kabut pulak la agaknya jika terdapat liberalisasi pada pelaksanaan bahasa untuk subjek berkenaan. Nanti ibu bapa pulak yang bertelagah karang. Saya kurang bersetuju dengan usul ini. Biarlah ada satu sahaja pilihan agar nampak standard dalam dasar pembelajaran di negara ini.

Usah bercoleteh panjang, adakah kita dapat lihat siapa sebenarnya yang banyak berkorban demi pelaksanaan ini? Ya, guru2 bahasa Inggeris la kan. Dulu sibuk dengan kursus sana sini, modul itu ini dan perlu juga membuat kelas tambahan kepada guru2 Sains dan Matematik bagi membantu mereka memantapkan penguasaan BI dalam kalangan guru demi mendidik anak2 bangsa. Pasni, ada kursus lain dan bertambah masa mengajarlah nampaknya untuk emak saya (guru BI sek ren juga.. hihi) bagi membantu melaksanakan 12 langkah yang telah diumumkan Kementerian Pelajaran.

Akhir kata, terpulanglah kepada murid2 dan ibu bapa mereka untuk mengambil langkah inisiatif demi meningkatkan kemahiran dalam Sains dan Matematik kerana perlu diingat pembelajaran di peringkat universiti menggunakan bahasa Inggeris. Selepas ini, tiada lagi alasan bagi murid2 untuk tidak dapat skor dalam UPSR, PMR dan SPM bagi subjek Sains dan Matematik kerana saya pasti apa yang diajar oleh guru dapat mereka fahami dengan baik (melainkan murid2 yang tak reti bahasa).

Saya pasti semua pihak berpuas hati dengan pemansuhan PPSMI 2012 kerana inilah apa yang dimahukan majoriti rakyat. Marilah bersama-sama memartabatkan BM serta memantapkan BI :)

2 comments:

  1. saya ni neutral...hmm...setuju la PPSMI dimansuhkan....pada 2012 kan? mcm ade bau2 politik lak...sebab next PRU-13 2013...

    ReplyDelete
  2. hmm.. niat seseorang mane la kite taw. bsangka baikkan lebih elok..peace! mungkin nak mansuh secara mndadak pun kelam kabut jdnye. ntahla, dah jamin mansuh 2012 pun, terima la ye..hihi

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...